YANG MENCINTAIKU
CURANG! Curang itulah sebuah pilihan bukanlah takdir yang sudah tertulis.
Perkahwinan tanpa zuriat bukanlah suatu ujian yang mudah untuk semua pasangan. Dihina, dicaci dan dicemuh adalah asam garam untuk mereka yang telah lama berkahwin tapi tidak dikurniakan zuriat.
Akibat daripada masalah kesihatan yang dialami oleh Mia. Dia dijadikan alasan untuk dicurangi oleh Amir. Bahkan kecurangan Amir mendapat sokongan dari rakan-rakannya sendiri.
Hidup bermadu bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Mia untuk isteri pertama mengalah sudah tidak relevan di zaman moden ini. Dia bangkit kembali, segala harta, kemewahan yang disaji buat Amir di ambil semula. Berkali-kali dia meminta cerai Amir tidak mahu ceraikannya akhirnya dia menuntut fasakh.
"Abang takkan ceraikan Mia. Abang tak dapat Mia. Tak ada siapa pun boleh dapat Mia. Abang akan gantung Mia tak bertali." - AMIR
"Sampai hati abang.. dah lah abang seksa hati dan perasaan Mia.. sekarang abang nak sekat pulak hak Mia. Apa dosa Mia dengan abang?" MIA
Perkenalannya dengan Azri duda anak 3 yang kematian isteri membuka ruang di hati untuk dicintai. Kasih sayangnya tumpah pada 3 anak yatim itu.
"You deserve to be happy with your own way." AZRI.
Selusuri kisah hidup seorang wanita yang bernama Mia di dalam YANG MENCINTAIKU
Belongs to Mr Psycho
Bagi Tan Sri Nazin, Nur Hawa Khadijah merupakan berlian yang hampir rapuh. Apatah lagi setelah kehilangan deria penglihatan akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Sebagai seorang datuk, Tan Sri Nazin menjaga Hawa umpama seorang puteri. Disayangi, dilindungi dan diberikan kehidupan yang serba serbi sempurna.
Setelah Tan Sri Nazin meninggal dunia, Hawa diangkat menjadi pewaris empayar perniagaan arwah datuknya. Tapi bagaimana dia mahu menguruskan Zin Corporate dengan keadaannya yang hampir buta? Musuh perniagaan semakin menunjukkan taring, mahu menjatuhkan empayar yang dibina oleh Tan Sri Nazin. Tiada siapa yang takut dengan gadis buta seperti Hawa. Ekonomi Zin Corporate semakin goyah.
Kerana tiada pilihan, Hawa menerima lamaran Asyraf Galileo. Dia meletakkan harapan agar Asyraf berjaya memulihkan Zin Corporate.
“Betul ke arwah datuk saya pernah minta awak untuk jadi suami saya?”
“Ya.”
Ikatan perkahwinan tanpa didasari oleh cinta, hanya berlandaskan urusan perniagaan semata-mata. Adakah Hawa masih boleh menggapai rasa bahagia?
Bagi Asyraf, perkahwinan mereka berdua tidak akan kekal. Dia sudah punya wanita lain yang jauh lebih sempurna. Mandy tidak pernah gagal menjadi trofi kebanggaannya.
Cuma kenapa hati Asyraf sentiasa berbelah bahagi berhadapan dengan si isteri?
“Hawa... You have me.”
Ketika Hawa sedar dia bukan pilihan Asyraf, ketika Hawa tahu tujuan Asyraf berada di sampingnya, dia terbangun dari lena yang panjang. Tiada siapa yang ikhlas memanjakan dirinya selain arwah Tan Sri Nazin!
Pengkhianatan Asyraf tidak mampu diterima. Walau cintanya utuh, dia perlu berundur sebelum maruahnya benar-benar tersungkur.
“Kita bawa haluan masing-masing. Jangan cuba dekati I. Kita dah tak ada apa-apa.”
Hawa parah dan pasrah. Tetapi bagaimana dengan Asyraf pula?
AKU YANG KAU SAYANG
Zara menolak saat mahu di kahwin kan dengan lelaki yang sepuluh tahun lebih berusia dari dia.
“Dia kaya boleh jaga hang kalau mak dengan abah dah tak da.”
Itu kata orang tua nya.
“Alah Zara kau 20 dia 30 bukan banyak manapun.”
Itu kata sahabatnya
Tapi bagi Zara perkahwinan langsung tak pernah ada dalam ‘list’ kehidupannya saat ini.
Zara menolak, keluarga memaksa sehingga mahu tidak mahu dia terpaksa berkahwin dengan Reza Adry pemilik Gedung pakaian terkemuka. Dari gadis kampung yang tak tahu apa-apa menjadi isteri Kepada seorang pengarah urusan .
Zara yang kasar bertembung dengan Reza yang dingin. Selalu terjadi perang dunia ke dua. Dalam berperang ada hati yang di sentuh rasa.
“Saya demam tugas seorang isteri jaga suami masa sihat masa sakit.”- Reza Ardy.
Reza yang matang cuba beli hati Zara yang garang.
Cinta mampu sahaja runtuhkan glasier menjadi lautan.
Bila hati di cuit rasa Zara cuba sembunyikan perasaannya sehingga Reza rasakan Zara tak pernah menyintai dia.
Satu ketika, ada ujian yang muncul.
“Takdir saya bukan dengan awak Reza, pergilah saya tak akan pernah jadi penghalang.”
“Kalau berani keluarlah dari rumah ini. Kalau sebelum ini awak Cuma nampak saya jadi harimau lepas ni awak akan tengok kacukan harimau dengan singa.”
Reza nekas, Zara Adalia satu dalam seribu tak mungkin dia lepaskan dari hidupnya.
“Reza…boleh tolong saya…tolong ikat hati saya dekat dengan awak sampai bila-bila.”