TADABBUR adalah pemerhatian yang menyeluruh terhadap maksud sebuah ungkapan dan makna-maknanya yang mendalam. Manakala Tadabbur al-Quran ialah PENGHAYATAN terhadap ayat-ayat al-Quran untuk DIFAHAMI maksud-maksudnya, hikmah-hikmahnya dan pengajarannya.”
Terdapat peristiwa-peristiwa penting terjadi dan diceritakan didalam Al Quran yang dapat memberikan banyak inspirasi.
************************
MENGAPA PERLU BELAJAR ILMU TADABBUR AL QURAN?
BUKU MODUL SIJIL ASAS GURU TADABBUR
***********************
Modul SIJIL ASAS GURU TADABBUR AL-QURAN disusun bertujuan MEMBIMBING danMEMUDAHKAN para pencinta
Al Quran untuk mula mengambil pengajaran dan pedoman daripada Al-Quran. Kursus ini adalah asas dan langkah pertama untuk menyelam dalam ILMU TADABBUR.
***********************
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Maka apakah mereka tidak mentadabburkan al-Quran? Atau hati mereka terkunci.”
(Surah Muhammad:24)
Allah SWT memperihalkan dalam ayat ini tentang Tadabbur al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT.
Sesungguhnya pengetahuan tentang ilmu-ilmu al-quran memerlukan kepada penulisan yang menampilkan ayat dan ibarat yang mudah, cara penyembahan yang jitu, jauh daripada istilah-istilah yang tinggi keseniannya. Begitu juga perlu dijauhi perbahasan falsafah dan yang terpenting adalah menonjolkan ibarat wahyu dari langit ini sehingga sampai kepada jiwa-jiwa manusia tanpa merasa lelah dan payah untuk difahami.
************************
Jadi, jom sama-sama berkumpul secara online, manfaatkan masa pada CUTI minggu untuk mendengar, serta menuntut ilmu tentang bagaimana MENTADABBUR ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan kisah-kisah yang terdapat dalam Al Quran.
APAKAH SILIBUS YANG DIPELAJARI DALAM MODUL INI?
Modul ini disusun kepada 6 topik utama iaitu:
1. 10 Kunci Tadabbur Al-Quran
2. Pembahagian Ayat Dalam Al-Quran
3. Kisah Dalam Al Quran
4. Sunan Ilahiah
5. Hakikat Ketuhanan Dan Kaedah Umum
6. Penghalang Utama Tadabbur
SIAPA YANG PERLU MENYERTAI ?
Program ini terbuka kepada individu yang ingin mempelajari Ilmu Kaedah & Tatacara Mentadabbur Al Quran.
APA YANG ANDA PEROLEHI DALAM PROGRAM INI?
Kemahiran yang akan dimiliki oleh PESERTA ialah
1. Dapat mengetahui 10 kunci asas tadabbur al-quran
2. Dapat mengetahui cara tadabbur yang betul
3. Memecahkan ketakutan yang menjadi penghalang mentadabbur al-quran.
4.Membina keyakinan yang kukuh dalam mengeluarkan tadababur ayat al-quran
Moga-moga program ini dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk kita semua di dunia dan di akhirat.
(Link akan diberikan di dalam group WhatsApps)
KEISTIMEWAAN PROGRAM
1. Program bermula Jun 2022 sehingga Ogos 2022
2. Kuliah dijalankan dwi bulanan
3. Flipbook Modul PERCUMA
4. Kelas Secara Atas Talian
5. Modul yang tersusun dan sistematik
6. Tenaga pengajar yang berpengalaman.
SIAPA TENAGA PENGAJAR ?
1. Jurulatih Pertama : Dr Mohamed Abdo Muntaser
Latar belakang pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda, Syariah Islamiyah Universiti Hudaidah Yaman.
Sarjana Syariah Universiti Malaya
PHD, Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pengarah DRL Consultation.
2. Jurulatih Kedua : Ustazah Nurul Hidayah
Latar belakang pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda, Syariah Islamiyah Al Azhar, Mesir.
Panel Jemputan di Forum RTM, TV3, Astro dan TV Al Hijrah.
Panel Jemputan Radio di Slot Salam FM, Nasional FM, KL FM dan IKIM FM
Contoh Sesi Tadabbur yang lepas 👇
**Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan nombor hotline kami di +60 10-336 4427
*PELABURAN UNTUK MENUNTUT ILMU
RM 1900.00
kini hanya
RM 950.00 untuk seorang
Bayaran Deposit RM350 sebelum mula kelas. Baki bayar ansuran RM300 sebulan sahaja selepas bermula kelas.